Logo Rumah Satu RUMAH SATU
Tentang Rumah Satu

Urusan rumah
tak payah pening kepala.

Jumpa rumah yang kena di hati baru permulaan. Rumah Satu bantu rakyat Malaysia dari mula cari rumah sampailah rumah tu sedia didiami. Satu pasukan bantu selaraskan kerja, jadi anda tak perlu urus semuanya sendiri.

01

Cari rumah yang sesuai.

02

Susun urusan seterusnya.

03

Siapkan rumah.

04

Dah siap, boleh masuk.

Kenapa kami mulakan Rumah Satu

Beli rumah tak semestinya rumit.

Bila nak beli rumah, banyak pihak kena jumpa: ejen, pemilik, bank, peguam dan kontraktor. Dokumen pun kena sedia, susulan pun berkali-kali.

Sebab itulah kami mulakan Rumah Satu. Habaq mai apa yang anda cari. Kami boleh bantu cari hartanah yang sesuai, susun langkah seterusnya dan, kalau rumah tu perlukan kerja, bantu aturkan kerja untuk menyiapkannya.

Keputusan penting tetap di tangan anda. Bab berulang-alik uruskan hal lain, kami bantu.

Dari mula cari rumah sampai dapat kunci

Sepanjang urusan rumah, kami boleh bantu.

Tak perlu asyik buat susulan atau bertukar-tukar orang untuk dihubungi. Langkah lebih jelas dari mula cari rumah sampai rumah sedia didiami.

01

Cari Rumah

Habaq mai kawasan, bajet dan jenis hartanah yang anda cari. Kami bantu kenal pasti rumah yang kena dengan keperluan anda.

02

Urus Pembelian

Dah jumpa hartanah yang sesuai? Kami bantu selaraskan urusan dengan pihak yang terlibat supaya pembelian boleh diteruskan.

03

Baiki dan Ubah Suai

Nak cat semula, baiki kerosakan atau ubah suai rumah? Rumah Satu boleh bantu selaraskan kerja sebelum anda masuk.

04

Masuk Rumah

Kami nak mudahkan perjalanan dari “tengah cari rumah” sampai “inilah rumah saya”, supaya tak payah pening kepala sepanjang urusan.

Ada persoalan tentang pembiayaan?

Risau pasai CTOS?

Kalau ada rekod CTOS atau risau tentang pembiayaan, kita masih boleh berbincang.

Keadaan kewangan setiap orang berbeza. Mai bincang dengan kami. Kami boleh bantu jelaskan langkah seterusnya dan, jika sesuai, hubungkan anda dengan profesional pembiayaan yang berkaitan untuk lihat pilihan yang ada.

Pembiayaan tertakluk pada syarat kelayakan, penilaian dan kelulusan pemberi pinjaman masing-masing. Rumah Satu tidak menjamin kelulusan pembiayaan.

Bincang dengan Kami
Kenapa pilih Rumah Satu?

Sebab urusan beli rumah bukan habis setakat jumpa iklan.

Carian hartanah01
Penyelarasan pembelian02
Penyelarasan pembaikan dan ubah suai03
Rujukan kepada profesional04
Seorang untuk anda hubungi05
Rumah Satu

Dari mula cari rumah sampai sedia masuk,
semuanya di satu tempat.

Takkan nak beli sebuah rumah pun kena kejar lima orang berbeza?

Mai Sembang Dulu